Archive for May, 2009

DEMO AIKIDO DI MPOB

May 19, 2009

Demonstrasi Aikido akan diadakan di Malaysian Palm Oil Board, Bandar Baru Bangi pada 22 May 2009 dari jam 9-10 pagi. Tujuan demonstrasi ini adalah untuk memperkenalkan manfaat Aikido kepada kesihatan dan keselamatan diri warga MPOB. Pihak MPOB mengharapkan selepas demo ini diadakan, kelas Aikido dapat diwujudkan di Ibu Pejabat MPOB.

AIKIDO MBENTUK KITA JADI ORANG BUDIMAN

May 13, 2009

Saya dimimpikan dengan” ‘apa tujuan kamu masih terus mengajar Aikido ini?’ Lihat kawan-kawan seperguruanmu yang lain, cari di mana mereka, apa keadaan mereka, bukankah mereka banyak masa untuk diluangkan bersama keluarga, agama dan kekasih?”. Tapi dalam mimpi itu saya terus jawap semua itu menghampakan. Pagi ini ketika memandu ke pejabat terlintas dalam benak fikiran. Ilmu mengajar tidak ada beza dengan belajar memperbetulkan diri sendiri. Dengan mengajar saya mengasah diri untuk menjadi seorang budiman kerana saya lihat pelajar-pelajar juga mempahatkan diri dengan sifat-sifat seorang budiman. Apakah yang dikatakan seorang itu budiman. Ya, jawapannya apabila makan dia tidak berkehendakkan kepuasan, apabila berumah dia tidak berkehendakkan keselesaan, apabila berlatih dia melaksanakan dengan gigih, apabila bercakap dia berhati-hati. Dan yang paling penting ialah apabila menghadap orang yang berilmu (alim) ialah untuk memperbetulkan diri sendiri. Itulah pelajar yang baik. Sekarang tertanya dalam diri sendiri, apakah saya ini orang budiman?