DEMO AIKIDO DI MPOB

May 19, 2009

Demonstrasi Aikido akan diadakan di Malaysian Palm Oil Board, Bandar Baru Bangi pada 22 May 2009 dari jam 9-10 pagi. Tujuan demonstrasi ini adalah untuk memperkenalkan manfaat Aikido kepada kesihatan dan keselamatan diri warga MPOB. Pihak MPOB mengharapkan selepas demo ini diadakan, kelas Aikido dapat diwujudkan di Ibu Pejabat MPOB.

AIKIDO MBENTUK KITA JADI ORANG BUDIMAN

May 13, 2009

Saya dimimpikan dengan” ‘apa tujuan kamu masih terus mengajar Aikido ini?’ Lihat kawan-kawan seperguruanmu yang lain, cari di mana mereka, apa keadaan mereka, bukankah mereka banyak masa untuk diluangkan bersama keluarga, agama dan kekasih?”. Tapi dalam mimpi itu saya terus jawap semua itu menghampakan. Pagi ini ketika memandu ke pejabat terlintas dalam benak fikiran. Ilmu mengajar tidak ada beza dengan belajar memperbetulkan diri sendiri. Dengan mengajar saya mengasah diri untuk menjadi seorang budiman kerana saya lihat pelajar-pelajar juga mempahatkan diri dengan sifat-sifat seorang budiman. Apakah yang dikatakan seorang itu budiman. Ya, jawapannya apabila makan dia tidak berkehendakkan kepuasan, apabila berumah dia tidak berkehendakkan keselesaan, apabila berlatih dia melaksanakan dengan gigih, apabila bercakap dia berhati-hati. Dan yang paling penting ialah apabila menghadap orang yang berilmu (alim) ialah untuk memperbetulkan diri sendiri. Itulah pelajar yang baik. Sekarang tertanya dalam diri sendiri, apakah saya ini orang budiman?

INTENSIVE AIKIDO TRAINING WITH ZAINUDDIN

March 20, 2009

I am organising a 3-hour Intensive Aikido Training With Sensei Zainuddin Khalic, the President of Aikikai Malaysia Association on the 22nd March 2009 (Sunday) 10:00 – 13:00, Badminton Hall TTFC, KLCC. Come join me in the training. Do sms me at 016 6272716 or emai me for registration.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

September 29, 2008

Kami sekeluarga ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri. Semoga di bulan yang mulia ini akan merapatkan tali silaturahim di antara kita semua.

Jumpa kembali di Akademi Aikido Malaysia untuk meneruskan latihan Aikido.

Ikhlas

SUZALIE, IDA HARIATI, SARAH, ADAM, BENJAMIN & LYDIA

DEMO AIKIDO DI PUTRAJAYA

August 22, 2008

Akademi Aikido Malaysia akan mengadakan pertunjukkan Aikido pada 30 Ogos 2008 bersempena Hari Kebudayaan Jepun yang dianjurkan oleh Malaysia-Japan International Cooperation Association (MyJica) di Taman Warisan, Presint 16, Putrajaya. Pertunjukkan ini akan mempamirkan beberapa teknik Aikido yang dilakukan oleh pelajar Aikido kanak-kanak dari Kelab Aikido Putrajaya dan Dewasa dari Akademi Aikido Malaysia Bangi. Di antara teknik-teknik yang akan dipersembahkan ialah Taijutsu, Bukiwaza, Aikiken dan Aikijo.

Pada hari tersebut, Akademi Aikido Malaysia akan membuka sebuah pusat maklumat berkaitan Aikido dan sesi pengambilan pelajar baru. Selain Aikido, Ikebana (seni pengubahan bunga), Haiku (syair/sajak Jepun), demo makan jepun dan bengkel lanskap Jepun juga akan diadakan.

Demo Aikido akan bermula jam 9.00 hingga 10.00 pagi.

Semua dijemput hadir, jumpa di sana.

Detail program

Fikir-Fikirkanlah

July 24, 2008
Salam,
 
Harap sensei dapat tukar petikan ini ke blog sensei, petikan ini lebih memberi maksud. TQ.
 
Cuba perhatikan naluri yang diberikan oleh Allah kepada sekumpulan haiwan termasuk haiwan liar yang hidup di daratan. Apabila mereka merasa akan mati, maka mereka akan menyembunyikan dirinya di tempat-tempat yang tertutup sehingga ajalnya datang. Jika tidak demikian, ke manakah bangkai haiwan liar dan yang lain? Apabila kamu berusaha mencari bahagian anggota tubuh haiwan liar, maka kamu tidak akan menemukannya, apahal jumlahnya tidaklah sedikit. Bahkan seandainya ada orang yang berkata bahawa jumlah haiwan liar itu lebih banyak berbanding jumlah manusia, maka perkataan tersebut adalah benar kerana padang Sahara dipenuhi dengan berbagai haiwan buas, serigala, sapi, keldai, kambing, unta, babi, serangga, pelbagai jenis burung dan sebagainya yang tidak dapat dikira jumlahnya.
 
Terjemah petikan dari ‘ Kitab Hikmat Yang Terkandung Pada Makhluk-makhluk Allah’ 
tulisan Iman al-Ghazali

Fikir-fikirkanlah

July 22, 2008
Khairul Azalie mengutarakan sesuatu untuk difikirkan,
salam,
maaf tiada email untuk dikongsikan bersama. azalie baru tahu, haiwan pemangsa tahu akan hari kematiannya. sebelum ajal, mereka akan sembunyi diri hingga hari matinya. sebab itu la kita jarang tengok tulang haiwan pemangsa kecuali yang mati akibat mempertahankan diri atau berlawan sesama sendiri. kenapa Allah jadikan mereka demikian? sekadar renungan. salam.

HALF-DAY ADVANCE AIKIDO SEMINAR

July 11, 2008

HALF-DAY ADVANCE AIKIDO SEMINAR

Ramadan Drill

“ You Fight Like You Train. So, Train Like You Fight

30th August 2008 (Saturday) 29 Syaaban 1429H

Twin Tower Petronas, KLCC

 

Learn the art of Boxing and know “how to” jab, punch, cross, hook and upper cut as the art of “atemi” in Aikido

 

9.00-10.00     Body Conditioning & How to box? Basic Boxing

10.00-10.15   Break & Light Refreshment

10.15-11.15   Boxing and Personal Training

11.15-11.30   Break

11.30-12.30   Application of Boxing in Aikido

12.30-1.00     Photography Session & Adjourn

 

Exclusively brought to you by Academy Aikido Malaysia. Class will be conducted by world class boxing trainer.

 

Trainers

 

Mr. Mohamad Antang, Malaysian Boxer to the Sea Games 1971,1973,1975, 1981; Malaysian Boxer to the Commonwealth Games, Brisbane Australia  1982, and Head of Delegation to the Arafura Games.

&

Suzalie Sensei, 3rd Dan Aikido and Boxer

 

Place is limited to 20 participants only, first come first serve. No basic martial art experience is required. Please call 016 6272716 or email suzaliemohd@ikim.gov.my for detail.

UJIAN KYU BIL.1 2008 (KANAK-KANAK)

June 24, 2008

Akademi Aikido Malaysia telah mengadakan Ujian Aikido peringkat Kanak-kanak pada 21-22 Jun 2008. Ujian ini telah dikendalikan di Pusat Latihan Induk, Akademi Aikido Malaysia oleh Sensei Suzalie, Yusri, Hamid, Aqil, Azalie dan Izzuddin.

Tahniah dan Syabas kepada semua kerana lulus dalam ujian tersebut. Teruskan usaha anda.

KEPUTUSAN UJIAN AIKIDO BIL. 1/2008 (KANAK-KANAK)

TAHAP 10TH KYU  (KUNING)

PASS

 

1.                   PUTRA MUHAMMAD KHALISH B. MOHD IRAWAN

2.                   AMIR ZAIM AZRYNE B. ADZIM

3.                   AHMAD HAFIEUDDIN B AZLI

4.                   KAMARUL AZIZI B. KAMARUL AZHAN

5.                   KAMARUL AZAM KAMARUL AZHAN

6.                   MUHAMAD DANIAL HAIQAL B. MOHD SULAIMAN

7.                   MUHAMMAD ANAS B ABDULLAH

8.                   NOREZRINA ALISA BINTI CHE OMAR

9.                   NORAISHAH ALISA BINTI CHE OMAR

10.               FAHEEM ADLAN B. HASSAN

11.               MUHAMAD FAIZ B. ABDUL SAMAD

12.               MUHAMAD FAIRUZ B. ABDUL SAMAD

13.               MUHAMMAD SAIFULLAH SYAHMI B. SHAHNIDZI

14.               MUHAMMAD HAZIQ BIN AZHAR

15.               MEOR IRFAN B MEOR AHMAD SHAHRUZZAMAN

16.               MUHAMMAD HAFIZUDDIN B. HUZAINI

17.               NURUL HAYATI BT HUZAINI

18.               IQBAL SHAH B UMAR

19.               FARIS HARIS BIN NURHUDA

20.               FARID HAZIQ B. NURHUDA

21.              NORSHAHIRA ALISA BINTI CHE OMAR

22.               AMIRA DAYANA BT. HANAFIAH

23.               MUHAMAD ASHRAF B. IBRAHIM

24.               AINUL DANIAL AZRY B. AINUL SYAHRIL FAZLI

25.               KHAIRUNNAJWA BT. RAHMAT FAUZI

26.               FATHURRAHMAN B. MUHAMMAD FATHULLAH

27.               IKMAL HAKIM B UMAR

28.               MUHAMMAD AIMAN B. MOHD FARIZ

TAHAP 9TH KYU (HIJAU)

PASS

 

1.                   ABDULLAH SYAHID ABD HAMID

2.                   NABILAH AMIERA BT SHAMSUDDIN

3.                   MUHAMMAD ADAM MALIK B ABDULLAH

4.                   MUHAMMAD NAJMI B. YUSOFF

5.                   MUHAMAD AFIF B. IBRAHIM

 

TAHAP 6RD KYU

PASS

 

1.                   FAIZRIZ B. NURHUDA

JOM KITA UJI STAMINA

June 24, 2008

Mari-mari kita uji stamina kita dengan mengikut larian ini. Amalan saya untuk senantiasa menjaga stamina dan terus bertenaga sepanjang minggu ialah dengan berlari (jogging) 5km paling kurang seminggu sekali. Hanya dengan cara ini sahaja tenaga yang lama dapat ditukarkan dengan tenaga baru. Tenaga kalau simpan lama-lama sangat dalam badan akan buat kita lembit dan berlemak. Maka saya mengajak semua pelajar Aikido saya ikut larian yang dianjurkan ini, semoga dengan cara ini dapat membiasakan kita mengamalkan gaya hidup sihat.

 

Tarikh   28 Jun 200

Tempat   SMK Aminuddin Baki, Kuala Lumpur (Desa Pandan)

Masa       7.30 pagi – 9.00 pagi 

Jarak larian  3km – 3.5km (sila rujuk jadual kategori dan pelan arah laluan)

Yuran Penyertaan adalah terbuka kepada semua dermawan yang menyumbang kepada tabung kutipan Larian SABIAN 2008 dan ahli Alumni SMKAB. Minimum RM10 sahaja

Peraturan

1. Pertandingan ini diadakan di bawah peraturan-peraturan yang mengikut peraturan KOAM dan peraturan-peraturan Larian SABIAN.

2. Semua peserta yang menamatkan larian perlu mengemukan bukti – bukti check points kepada hakim penamat untuk tujuan penentuan kemenangan. Sekiranya gagal, kemenangan tidak akan diterima. 

3. Semua peserta dikehendaki mematuhi arahan marsyal keselamatan sepanjang larian dan peserta bertanggungjawab ke atas keselamatan diri dan harta benda masing-masing.   

SMS sensei sekiranya berminat.